Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri
Rasulullah saw.), beliau berkata, "(Pada suatu hari) Rasulullah saw.
masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah,
celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah
hampir
menimpa mereka. Pada hari
ini telah terbuka
dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini",
dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk)
yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu
bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami
masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau
kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis di atas menerangkan
bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran
dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang- orang yang shaleh juga akan
dibinasakan, walaupun masing-masing pada
hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam
kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah
segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa
orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa
semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas,
walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan
disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan
mereka, dan yang menerima Islam pada masa
permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya
dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali
dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya.
Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri.
Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Post a Comment Blogger Facebook
Post a Comment